Telefon Yana sudah beberapa kali berdering. Tetapi, Yana tiada berdekatan telefon bimbitnya. Kawan karibnya, Ella yang kebetulan lalu di sebelah beg tangan Yana terdengar deringan itu. Tanpa melihat caller ID dia terus menjawab panggilan tersebut.
" Hello.. " kedengaran satu suara dari telefon itu.
" Hello.. " balas Ella.
" Yana? Papa ni. "
' What, Datuk Mustafa? Mampus aku nak jawab ni.. Nak kata apa ni? Mana pulak Yana ni? ' fikir Elya.
" Yana? Can you hear me? " kata Datuk Mustafa.
" Uncle, ni bukan Yana. Saya Ella. "
" Yana kat mana? " suara Datuk Mustafa naik satu oktaf.
" Dia.. Dia ada.. Dia pergi tandas jap. "
" Suruh dia balik cepat sikit! Cakap kat dia Uncle tunggu dia sampai dia balik.
" O..Ok uncle. Nanti saya bagitau dia. " balas Ella. Kemudian, talian dimatikan. Ella tercari - cari Yana. Dia mencari Yana di seluruh rumah Datin Lela. Dia akhirnya menjumpai Yana sedang menari di taman bunga. Yana sedang menari bersama - sama teman lelakinya , anak Datin Lela iaitu Izat. Mereka menari mengikut rentak muzik. Mereka tidak segan silu berpelukan semasa menari, begitu juga dengan remaja - remaja lain di sekeliling mereka. Ella menarik tangan Yana menjauhi kawasan itu, meninggalkan Izat terpinga - pinga.
" Weyh! Pehal kau tarik tangan aku tetibe ni? Aku kan tengah menari dengan Izat tadi. Kacaulah!" marah Yana.
" Papa kau call lah! Ingat aku nak sangat ke kacau korang ke? "
" Biar je la papa aku tu! Lantak dia la dia nak telefon er, nak hape er.. Dah, jangan kacau aku lagi. "
" Weyh! Papa kau suruh kau balik cepat arr.. Dia kata dia akan tunggu sampailah kau balik. "
" Lantaklah dia.. Dia penat nanti dia tidur arr.. Parti habis lambat lagi.. Nantilah aku balik. "
" Baliklah dulu Yana.. mana tau ada hal penting ke.. Nanti mengamuk pulak papa kau kat aku.. "
" Sejak bila kau jadi kuli papa aku? "
" Kuli? "
" Ye arr.. Paksa - paksa aku balik.. Dengar sangat cakap dia.. Takut sangat dengan dia.. Kuli lah tu!. " kata Yana dengan angkuhnya sebelum beralu pergi.
nantikan episod seterusnya..
Labels: CIKGU AISHITERU