Aryana Edora Datuk Mustafa atau lebih dikenali sebagai Yana merupakan anak terakhir daripada tiga adik beradik.Dia berumur 16 tahun. Dia merupakan satu - satunya anak perempuan pasangan Datuk Mustafa dan Datin Maria. Oleh sebab itu, dia sering dimanjakan. Apa saja yang dikehendakinya pasti dipenuhi. Ini menyebabkan Yana membesar sebagai seorang yang sombong dan bongkak.
Yana juga seorang yang degil, keras kepala dan tidak sopan, in other word, RUDE. Dia sering menyakitkan hati orang lain dan menganggap mereka seperti kulinya. Selain itu, Yana juga suka berparti. Siang atau malam, itulah kerjanya.
DI BANGLOW MEWAH DATUK MUSTAFA...
" Maria, oh Maria! " Datuk Mustafa memanggil isterinya.
" Ya, abang! " sahut Datin Maria.
" Mana Yana? Saya tak nampak pun dia. Tidur ke dia? " tanya Datuk Mustafa.
" Tidur? Haish.. Baru pukul 9 malam. Abang bukan tak kenal anak kita tu. Kalau belum pukul 3 pagi, tak adanya dia ingat nak tidur. "
" Kalau macam tu, mana Yana?
" Dia keluar kejap. Anak Datin Lela ada buat birthday party. Dia nak pergi ke sana katanya. "
" Tu karang, pukul berapa baliknya? "
" Habis parti tu nanti, baliklah dia. Yang abang risau sangat ni kenapa? Kan Pak Mat ada. Lagipun, dia kan selalu balik lewat. "
" Tulah awak, manjakan sangat si Yana tu. Sekarang ni dia dah pandai keluar sampai lewat malam. Entah ke mana dia merayap. "
" Abang jangan nak salahkan saya sorang aje. Abang pun selalu manjakan dia. Kalau betul abang tak suka dia keluar malam - malam, kenapa tak cakap sendiri kat dia? Abang kalau marah pun, marah kat saya aje. Bukannya budak tu tau. "
" Sudah tu, pergi telefon dia. Suruh dia balik sekarang. "
" Saya tak nak telefon dia. Saya tak kisah dia nak balik pukul berapa pun. Kalau abang nak telefon, telefon sendiri. " Datin Maria berlalu meninggalkan Datuk Mustafa. Datuk Mustafa membiarkan saja isterinya pergi. Dia kenal sangat dengan perangai isterinya itu. Semua yang dilakukan Yana, elok sahaja di mata isterinya. Dia melangkah ke telefon rumah dan mula mendail.
" Helo... "
nantikan episod seterusnya..
Labels: CIKGU AISHITERU